Ahad, 18 September 2016

Contoh Surat Memohon Penceramah Untuk Latihan Dalam Perkhidmatan



 



Kepada,

Ketua Penolong Pengarah,
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan,
KM14, Jalan Pantai,
Telok Kemang,
71050 Port Dickson.

Tuan/ Puan,

MEMOHON KHIDMAT BANTU PEGAWAI SEBAGAI FASILITATOR LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN- PROJECT BASED-LEARNING.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Pihak Pusat Sumber SMK Dato’ Klana Putra akan mengadakan Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan- Project Based-Learning kepada semua guru di sekolah.

2.         Sehubungan itu, besarlah harapan sekiranya pihak tuan/ puan dapat menjadi fasilitator dalam kursus tersebut. Berikut adalah butir-butir Latihan Dalam Perkhidmatan anjuran Pusat Sumber SMK Dato’ Klana Putra, Lenggeng.

Tarikh              :           07.09.2013 (Sabtu)                                          
  Masa             :           8.00 pagi
Tempat            :           Bilik Gerakan SMKDKP
Tajuk               :           Pembinaan Pembelajaran Berasaskan Projek 
                                    Menggunakan   Pelantar VLE

3.         Segala kerjasama daripada pihak tuan/ puan didahului dengan ucapan terima kasih.




Sekian dimaklumkan. Terima kasih.


‘BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

(                                   )
Pengetua Cemerlang
SMK Dato’ Klana Putra,
71750 Lenggeng, Negeri Sembilan
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan