Ahad, 18 September 2016

Contoh Latihan Dalam Perkhidmatan -taklimat Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan(PBPPP)







LAPORAN  LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
SIRI 04/2016

Tarikh                   : 12 MEI 2016

Masa                     :2.30 petang

Tempat                :Bilik Gerakan SMKDKP


PERLAKSANAAN

-          LDP ini bertajuk TAKLIMAT PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP)

Pihak pentadbir berharap guru-guru mengambil pendirian yang positif terhadap transformasi ini kerana perlaksanaan PBPPP adalah sebahagian daripada gelombang PPPM.Sejajar dengan hasrat kerajaan kea rah penstrukturan transformasi ,maka PBPPP adalah relevan dengan PPPM 2013-2025 .

PBPPP adalah satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi pegawai Perkhidmatan Pendidikan berdasarkan konsep Tugas dan Tempat Bertugas mengikut standard prestasi yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan dan PPPM 2013-2025 .

PBPPP merupakan penilaian baru bagi mengantikan PTK yang lebih memfokus kepada elemen pembangunan pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan tertakluk kepada garis panduan JPA.Dalam erti kata yang lain,PBPPP dibentuk dengan mengabungkan lima bentuk penilaian  sedia ada kepada bentuk instrument yang bersepadu.

-          Penceramahnya ialah:

1)      TN HJ NORFAIMI BIN MOHAMAD NOR(Pengetua SMKDKP)
2)      EN KHAIRUL HADI BIN AB AZIZ(PK Akademik SMKDKP)

-          Kehadiran: 51 Orang guru

-          Matlamat  kursus:

Memberi kefahaman kepada guru tentang pentingnya:

1)      Meningkatkan kecekapan dan komitmen bagi melahirkan PPP yang berprestasi tinggi
2)      Penilaian menyeluruh yang mengabungjalinkan kompetensi dan potensi serta keberhasilan PPP
3)      Mendokong aspirasi ke arah pendidikan yang berkualiti tinggi

-          Objektif:

Agar guru-guru mengetahui tentang:
-          Penilaian kompetensi dan potensi PPP
-          Penilaian keberhasilan (aspek peningkatan dan pencapaian ) yang merupakan hasil kerja PPP
-          Pengenalpastian kompetensi dan potensi PPP untuk membolehkan program Pembangunan Profesional Berterusan ( CPD)
-          Pengenalpastian keperluan latihan untuk pembangunan laluan kerjaya PPP

KEJAYAAN
Program ini boleh dikatakan Berjaya atas alasan-alasan yang berikut:
-          kerjasama yang diberikan oleh guru-guru yang terlibat amat baik
-          Penerangan oleh penceramah amat terperinci dan mudah difahami oleh peserta

KEKANGAN / KELEMAHAN
-          Kursus ini yang dijalankan pada waktu petang membuatkan peserta berasa mengantuk dan tidak selesa setelah seharian menjalankan tugas mereka
-          Masa yang singkat menyebabkan penerangan dari penceramah agak tergesa-gesa
-          Terlalu banyak elemen yang perlu dititik beratkan oleh guru menyebabkan sebahagian guru kurang memahami
CADANGAN/USUL
-          Dicadangkan program seperti ini dijalan pada waktu pagi dan masa kursus di panjangkan supaya mudah difahami oleh peserta
-          Taklimat berkaitan PBPPP perlu diulang dari masa ke semasa.


Disediakan oleh

(KU ZABEDAH BINTI KU BAKAR)
SU LDP SMKDKP Lenggeng N.Sembilan









Tiada ulasan:

Catat Ulasan