Ahad, 18 September 2016

Contoh Surat Memohon Penceramah Untuk Latihan Dalam Perkhidmatan



 



Kepada,

Ketua Penolong Pengarah,
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan,
KM14, Jalan Pantai,
Telok Kemang,
71050 Port Dickson.

Tuan/ Puan,

MEMOHON KHIDMAT BANTU PEGAWAI SEBAGAI FASILITATOR LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN- PROJECT BASED-LEARNING.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Pihak Pusat Sumber SMK Dato’ Klana Putra akan mengadakan Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan- Project Based-Learning kepada semua guru di sekolah.

2.         Sehubungan itu, besarlah harapan sekiranya pihak tuan/ puan dapat menjadi fasilitator dalam kursus tersebut. Berikut adalah butir-butir Latihan Dalam Perkhidmatan anjuran Pusat Sumber SMK Dato’ Klana Putra, Lenggeng.

Tarikh              :           07.09.2013 (Sabtu)                                          
  Masa             :           8.00 pagi
Tempat            :           Bilik Gerakan SMKDKP
Tajuk               :           Pembinaan Pembelajaran Berasaskan Projek 
                                    Menggunakan   Pelantar VLE

3.         Segala kerjasama daripada pihak tuan/ puan didahului dengan ucapan terima kasih.




Sekian dimaklumkan. Terima kasih.


‘BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA’

Saya yang menurut perintah,

(                                   )
Pengetua Cemerlang
SMK Dato’ Klana Putra,
71750 Lenggeng, Negeri Sembilan
 
 

Contoh Latihan Dalam Perkhidmatan -taklimat Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan(PBPPP)







LAPORAN  LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
SIRI 04/2016

Tarikh                   : 12 MEI 2016

Masa                     :2.30 petang

Tempat                :Bilik Gerakan SMKDKP


PERLAKSANAAN

-          LDP ini bertajuk TAKLIMAT PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP)

Pihak pentadbir berharap guru-guru mengambil pendirian yang positif terhadap transformasi ini kerana perlaksanaan PBPPP adalah sebahagian daripada gelombang PPPM.Sejajar dengan hasrat kerajaan kea rah penstrukturan transformasi ,maka PBPPP adalah relevan dengan PPPM 2013-2025 .

PBPPP adalah satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi pegawai Perkhidmatan Pendidikan berdasarkan konsep Tugas dan Tempat Bertugas mengikut standard prestasi yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan dan PPPM 2013-2025 .

PBPPP merupakan penilaian baru bagi mengantikan PTK yang lebih memfokus kepada elemen pembangunan pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan tertakluk kepada garis panduan JPA.Dalam erti kata yang lain,PBPPP dibentuk dengan mengabungkan lima bentuk penilaian  sedia ada kepada bentuk instrument yang bersepadu.

-          Penceramahnya ialah:

1)      TN HJ NORFAIMI BIN MOHAMAD NOR(Pengetua SMKDKP)
2)      EN KHAIRUL HADI BIN AB AZIZ(PK Akademik SMKDKP)

-          Kehadiran: 51 Orang guru

-          Matlamat  kursus:

Memberi kefahaman kepada guru tentang pentingnya:

1)      Meningkatkan kecekapan dan komitmen bagi melahirkan PPP yang berprestasi tinggi
2)      Penilaian menyeluruh yang mengabungjalinkan kompetensi dan potensi serta keberhasilan PPP
3)      Mendokong aspirasi ke arah pendidikan yang berkualiti tinggi

-          Objektif:

Agar guru-guru mengetahui tentang:
-          Penilaian kompetensi dan potensi PPP
-          Penilaian keberhasilan (aspek peningkatan dan pencapaian ) yang merupakan hasil kerja PPP
-          Pengenalpastian kompetensi dan potensi PPP untuk membolehkan program Pembangunan Profesional Berterusan ( CPD)
-          Pengenalpastian keperluan latihan untuk pembangunan laluan kerjaya PPP

KEJAYAAN
Program ini boleh dikatakan Berjaya atas alasan-alasan yang berikut:
-          kerjasama yang diberikan oleh guru-guru yang terlibat amat baik
-          Penerangan oleh penceramah amat terperinci dan mudah difahami oleh peserta

KEKANGAN / KELEMAHAN
-          Kursus ini yang dijalankan pada waktu petang membuatkan peserta berasa mengantuk dan tidak selesa setelah seharian menjalankan tugas mereka
-          Masa yang singkat menyebabkan penerangan dari penceramah agak tergesa-gesa
-          Terlalu banyak elemen yang perlu dititik beratkan oleh guru menyebabkan sebahagian guru kurang memahami
CADANGAN/USUL
-          Dicadangkan program seperti ini dijalan pada waktu pagi dan masa kursus di panjangkan supaya mudah difahami oleh peserta
-          Taklimat berkaitan PBPPP perlu diulang dari masa ke semasa.


Disediakan oleh

(KU ZABEDAH BINTI KU BAKAR)
SU LDP SMKDKP Lenggeng N.Sembilan









Contoh Laporan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Guru



LAPORAN  LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
SIRI 01/2016

Tarikh                   : 17 Februari 2016(Rabu)

Masa                     :2.00 petang

Tempat                :Bilik Gerakan SMKDKP


PERLAKSANAAN

-       LDP ini bertajuk PEMBINAAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK MENGGUNAKAN PELANTAR VLE(PBL)

-          Penceramahnya ialah:
1)      Pn Norazura Binti Abu Bakar(Guru GPM 2015)
2)      Pn Mariah Binti Mohd Dom(Guru pembimbing)
3)      Nur Aiman Binti Mazlan(Pelajar)
4)      Nurin Nabila Binti Norazizan(Pelajar)
5)      Muhammad Eizlan Bin Md Arif(Pelajar)
Mereka merupakan wakil pertandingan PBL di bawah Panitia Sains peringkat PKG Mantin pada tahun 2015.
-          Objektif / matlamat  kursus:

1.       Memperkenalkan Virtual Learning Environment(VLE) kepada semua guru
2.       Membimbing semua guru mengenai tatacara penggunaan Frog Vle di sekolah
3.       Membantu semua guru melahirkan diri untuk melaksanakan VLE dalam pembelajaran
4.       Mendedahkan  cara perlaksanaan PBL oleh guru dan pelajar yang telah Berjaya
5.       Memberi gambaran tatacara perlaksanaan PBL melalui Frog VLE

KEJAYAAN
Program ini boleh dikatakan Berjaya atas alasan-alasan yang berikut:
-          kerjasama yang diberikan oleh guru-guru yang terlibat amat baik
-          Penerangan oleh penceramah amat terperinci dan mudah difahami oleh peserta
-          Kriteria dan cara perlaksanaan yang ditunjukkan oleh pelajar yang dijemput cukup jelas dan mudah difahami
KEKANGAN / KELEMAHAN
-          Kursus ini yang dijalankan pada waktu petang membuatkan peserta berasa mengantuk dan tidak selesa setelah seharian menjalankan tugas mereka
-          Masa yang singkat menyebabkan penerangan dari penceramah agak tergesa-gesa
-          Terdapat segelintir guru yang masih tidak mahir dalam penggunaan Frog VLE
-          Internet yang bermasalah di sekolah juga menyebabkan Frog VLE sukar di akses

CADANGAN/USUL
-          Dicadangkan program seperti ini dijalan pada waktu pagi dan masa kursus di panjangkan supaya mudah difahami oleh peserta
-          Sebaiknya kursus ini dijalankan secara praktikal di mana peserta perlu menggunakan Frog VLE semasa sesi penerangan oleh penceramah.
-          Internet sekolah perlu ditambahbaik supaya mudah di akses


Disediakan oleh

(KU ZABEDAH BINTI KU BAKAR)
SU LDP SMKDKP Lenggeng N.Sembilan


  
LAMPIRAN
(Anda boleh memasukkan gambar)