Jumaat, 9 Disember 2016

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN 2017- KHB PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN TING 2 DAN TING 3



Salam semua
Bagi yang berminat boleh berhubung dengan saya di email kubed70@gmail.com

Thank you

NOTA KHB TING 2 - MASAKAN



PEMAKANAN DAN PENGURUSAN SAJIAN
Diet Seimbang ialah sajian makanan yang mengandungi semua nutrienyang diperlukan oleh tubuh badan dalam kadar yang betul.
Faktor Utama Dalam Merancang Diet Seimbang
1.    Umur
2.    Jantina
3.    Saiz Badan
4.    Kesihatan
5.    Aktiviti dan Pekerjaan
Piramid Makanan
·   adalah panduan bagi pemilihan makanan secara sihat.
·   mengandungi 5 kumpulan zat makanan berasaskan kandungan zat dan fungsinya.


PERANCANGAN MENU
1. Menu ialah satu senarai hidangan yang lengkap untuk suatu sajian.

2. Tujuan merancang menu:
a) menyediakan sajian seimbang yang mengandungi semua nutrien.
b) menyediakan sajian yang berkhasiat, menarik dan menyelerakan.
c) menjimatkan masa, tenaga dan kos penyediaan sajian.
d) menyediakan sajian mengikut anggaran belanjawan yang ditetapkan.
3. Faktor yang mempengaruhi perancangan menu:
a) jenis hidangan
b) kegemaran
c) perbelanjaan
d) sumber makanan semasa
e) kemudahan fizikal
f) sumber tenaga dan masa
g) kepelbagaian
h) keperluan
4. Prinsip Memasak mengenakan haba sama ada haba kering atau haba lembap pada makanan yang dimasak.

5. Tujuan makanan dimasak:
a) membunuh kuman
b) melembutkan makanan agar mudah dimakan dan dihadam
c) memberi rasa dan rupa pada makanan
d) menjadikan makanan tahan lama
e) mempelbagaikan bentuk sajian

6. Kaedah Memasak
i. Haba Lembap
a) merebus
b) mereneh
c) mengukus
d) merendidih
e) mencelur

ii. Haba Kering
a) mengril
b) menggoreng tanpa minyak
c) menggoreng minya penuh
d) membakar
e) memanggang
7. Perkara penting yang perlu diambil kira sewaktu merancang menu atau merancang sesuatu masakan:
• Tujuan hidangan (formal atau tidak formal)
• Kegemaran/Ketidak sukaan ahli.
• Keperluan (berkaitan kesihatan ahli)
• Keseimbangan sajian (warna, rasa, bahan, kaedah)
• Perbelanjaan (wang, bajet)
• Bilangan ahli keluarga.
8. Hidangan Sepinggan Lengkap
Hidangan Sepinggan Lengkap ialah hidangan yang seimbang yang mempunyai kandungan nutrien yang lengkap untuk tubuh. (nutrien ialah karbohidrat, protein, vitamin, lemak, garam mineral dan air)
Contoh:-
• Bagi cara orang timur – mi goreng, nasi lemak, nasi goreng
• Bagi cara barat – burger, sandwic, pizza
• Bagi masyarakat setempat – lontong, laksa johor, nasi dagang
• Minuman:-
- minuman berkhasiat: susu, koko, bijirin
- minuman menyegarkan: air buah, air botol atau tin.


9.  Alat kelengkapan dapur
 alat kelengkapan dapur seperti alas meja, kain dapur, gubahan bunga dan kad menu digunakan semasa menyedia, memasak dan menyaji makanan.
- makanan yang dihidangkan dengan alatan dan kelengkapan dapur yang sempurna akan kelihatan lebih menarik dan menyelerakan




NOTA KHB TING 2 BAB 3- LUKISAN TEKNIK


LUKISAN TEKNIK 

ALATAN LUKISAN TEKNIK :



  1.PENSIL


          Pensil sesuai digunakan ialah bergred 2H, HB, dan 2B
          Hujung mata pensil hendaklah sentiasa tajam




       2.PEMADAM

       Dibuat daripada getah lembut.
       Digunakan untuk memdam garisan dan tanda yang tidak dikehendaki




    3.PEMBARIS
  Digunakan untuk memindahkan ukuran
  Jenis yang biasa digunakan iaialah bersengatan 300mm/12inci.




         4. KERTAS LUKISAN
            kertas lukisan terbahagi kepada 3 jenis



    1. Kertas lukisan biasa
      - digunakan untuk melukis lukisan prespektik, lukisan ortografik, lukisan oblik dan lukisan isometrik
    Kertas gred

           b  Kertas Gred
    .- digunakan untuk asas melukis lukisan oblik kabinet dan oblik kavilier

    kertas isogred

           c. Kertas Isogred
               - digunakan untuk asas melukis lukisan isometrik


        5. PAPAN LUKISAN
         -Digunakan untuk meletakkan kertas lukisan



       

          6.SESIKU T
          -Digunakan membina garisan lurus mendatar
          -Digunakan juga sebagai tapak untuk membina garisan tegak dan  
               serong/condong dengan set sesiku

         


           7. SET SESIKU ( 30 Darjah / 60 Darjah )

         



           8.JANGKA TOLOK
               -Digunakan untuk memindahkan jarak daripada pengukur ke atas garisan di        
                           atas Kertas

         




           9. JANGKA LUKIS
            -Digunakan untuk melukis bulatan dan garisan lengkok
            -Membina berbagai-bagai jenis sudut


         JENIS GARISAN

        1 Garisan mendatar
    Garis mendatar ialah garisan yang selari dengan panjang kertas
        
          2. Garisan menegak
    Garis mendatar ialah garisan yang selari dengan lebar kertas
         
          3. Garisan bersudut
    Garis mendatar ialah garisan yang condong dan mempunyai sudut-sudut tertentu
    Garisan bersudut 45° , 30° dan 60° boleh dihasilkan dengan menggunakan
     set   sesiku
          
          4. Garisan tepi
    Garisan yang dikenali sebagai garisan sempadan
    Dilukis dengan pensil H atau B
          
           5. Garisan benda
               Garisan yang tebal dan hitam, digunakan untuk menunjukkan garisan  
               objek/benda

            6. Garisan Lakaran
      Garisan yang halus, digunakan untuk asas membina objek
            
            7. Garisan tersembunyi
      Garisan yang dipusutkan garis-garis pendek
      Digunakan untuk menunjukkan garisan objek yang tidak boleh kelihatan
            
             8.Garisan tengah
                Garisan yang diputuskan oleh titik-titik
                Digunakan untuk menunjukan bahagian tengah objek

              9.Garisan keratin
                 Garisan yang menunjukkan kawasan keratan sesuatu objek
                 Ia dilukis condong 45° dan selari di antara satu sama lain
             
              10.Garisan dimensi
                  Garisan yang halus dan mempunyai anak panah dihujungnya
                  Digunakan untuk menunjukkan panjang, lebar dan tinggi sesuatu 
                  objek

           BENTUK  GEOMETRIK
           
            1. Bulatan
         -Dilukis dengan menggunakan jangka lukis

              2.  Segi tiga
                   -Dilukis dengan menggunakan jangka lukis dan set sesiku

               3. Segi empat
                   -Dilukis dengan menggunakan jangka lukis dan set sesiku

                JENIS LUKISAN

             Lukisan teknik terbahagi kepada 2 :


      
         -Lukisan isometrik adalah lukisan 3 dimens
         -Lukisan isometrik terbina di atas paksi isometrik

                   Paksi isometrik terdiri daripada
                  
     - satu garisan mendatar
                   - satu garisan tegak

               



                   2.Lukisan Oblik

         -Lukisan oblik adalah lukisan 3 dimensi
         - Lukisan oblik terbahagi 2
         - Oblik kabinet
         - Oblik kavilier
        
          Lukisan oblik terbina di atas paksi oblik
          Paksi oblik terdiri daripada
          - satu garisan mendatar
          - satu garisan tegak
          - satu garisan condong/serong bersudut 45º
          - dua garisan condong/serong bersudut 30º

                


                  3. Lukisan Ortografik
                     -Lukisan ortografik adalah lukisan pelan
                     -Lukisan ortografik terbina di atas paksi ortografik

                     Paksi ortografik terdiri daripada
                     - satu garisan tegak dan satu garisan mendatar yang bersilang antara  
                        satu sama lain

                 MENDIMENSI LUKISAN

            -Mendimensi bermaksud memberikan ukuran kepada garisan lukisan
            -Digunakan untuk menunjukkan saiz sesuatu projek supaya mudah                     dibina               
            -Semua garisan dimensi dilukis halus dengan pensil 2H
            -Setiap garisan dimensi dilukis kepala anak panah
            -Satu garisan condong/serong yang bermula daripada titik silang                     garisan tegak dan garisan mendatar

     

NOTA KHB TINGKATAN 2 BAB 2 -ELEKTRONIK



1. DIOD PEMANCAR CAHAYA





a.  Diod pemancar cahaya (L.E.D) ATAU light emiting diode adalah sejenis komponen    
     elektrik yang dibuat daripada bahan semikonduktor yang memancarkan cahaya    
     dengan kehadiran arus.
b.  Diod dapat diperoleh dalam pelbagai jenis warna.
c.   Diod pemancar cahaya tidak mempunyai filamen dan tahan lebih lama daripada   
     mentol.


KAKI KATOD
KAKI ANOD
Bercas negatif
Bercas positif
Mempunyai kaki yang pendek
Mempunyai kaki yang panjang    
Berhampiran dengan permukaan yang rata
 Jauh dari permukaan rata
 Bersambung dengan bahagian yang berbentuk bendera
 Bersambung dengan bahagian yang berbentuk kecil


       PERINTANG 
               a.   Perintang biasanya digunakan dalam litar untuk mengawal arus dan 
                    mendapatkan susutan voltan dalam litar
        b.  Terdiri daripada jenis karbon (karbon dan tanahliat) dan jenis berlilit dawai    
            (nikrom dan nagan)
               c.  Nilai rintangan disukat dalam unit ohm (Ω) .
               d.  Perintang tidak mempunyai ke kutuban dan dapat dipasang tanpa mengikut 
                    kekutuban.
               e.  Semakin tinggi nilai rintangan sesuatu perintang, semakin sedikit
                    arus yang dapat mengalir melaluinya dan sebaliknya.



 A. PERINTANG TETAP

          Nilai rintangan tidak dapat diubah
        Terdiri daripada jenis karbon (karbon dan tanahliat) dan jenis berlilit dawai    
       (nikrom dan nagan)











  
  







simbol 



      

B.NILAI PERINTANG TETAP















Kod Warna
Nombor
Warna
Jalur Pertama/Kedua
Bilangan Sifar
Toleransi
Hitam 
0  
Perang/Coklat 
1  
0  
Merah 
2  
00  
Oren/Jingga 
000  
Kuning 
4  
0000 
Hijau 
5  
00000 
Biru 
6  
000000 
Ungu 
7  
0000000 
Kelabu 
Putih 
Emas 
5% 
Perak 
10% 
Tiada warna 
20





B. PERINTANG BOLEH UBAH


      Nilai rintangan boleh diubah
        Digunakan pada peralatan eletrik yang memerlukan nilai arusnya yang berubah- 
        ubah upaya dan reostat


                                    



  






                                                               Simbol

    




KAPASITOR

  
    Digunakan untuk menyimpas dan membuang cas elektriK
    Jenis. Terdapat dua jenis


                                    


                         
                                





a . Kapasitor berkutub
                 -Mempunyai dua kaki yang berlainan kutub.
             -Kaki yang lebih panjang adalah kaki positif dan kaki yang    
               pendek adalah kaki negatif.
             -Kaki yang berhampiran dengan tanda (-)  pada kapasitor adalah  
               kaki negatif.
             -Kaki ini mesti bersambung mengikut kekutuban kaki.

           Contoh:
               kapasitor elektrolitik
               kapasitor tantalum











                  
         b. Kapasitor Tidak Berkutup

                 -Dua kaki sama panjang.
                 -Tidak perlu disambung mengikut kekutuban.
                 -Biasanya menyimpan cas yang lebih sedikit berbanding kapasitor berkutub.
                 -Saiz badan lebih kecil.
                 -Simbol kapasitor tidak berkutub

             Contoh
                  kapasitor seramik
                  kapasitor mika



         TRANSISTOR
            
             -Digunakan untuk meninggikan dan merendahkan arus. Berfungsi juga sebagai 
               suis
             -Terdapat 2 jenis transistor

            


                                                               


              a.Transistor NPN
                 Badan transistor ditandakan dengan CS9013 untuk jenis NPN












              b.Transistor PNP  
                  Badan transistor ditandakan dengan CS9012 untuk jenis PNP

  




               c. Transistor mempunyai 3 kaki
                    
                    a. C = Pemungut (Collector
                    b. B = Tapak (Base)
                    c. E = Pemancar (Emitter)







     




            

              BUZER


             Buzer adalah sebuah komponen elektronik yang berfungsi untuk mengubah
             getaran elektrik menjadi getaran suara. Pada dasarnya prinsip kerja buzer 
             hampir sama dengan’loud speaker', jadi buzzer juga terdiri dari kumparan
             yang dipasang pada diafragma dan kemudian kumparan tersebut dialiri
             arus sehingga menjadi elektromagnet, kumparan tadi akan tertarik ke dalam 
             atau keluar, tergantung dari arah arus dan kekutuban magnet, kerana gegelung 
             dipasang pada diafragma maka setiap pergerakan gegelung akan menggerakkan
             diafragma secara bolak-balik sehingga membuat udara bergetar yang akan
             menghasilkan suara. Buzer biasa digunakan sebagai penunjuk bahawa proses 
             telah selesai atau terjadi suatu kesalahan pada sebuah alat (penggera).
                                               
              ( Sumber blog Fahmi Subakti )   


              SUIS



            Digunakan untuk menyambung dan memutuskan aliran arus elektrik  dalm litar.
            dan digunkan juga untuk memindah atau menukar voltan dan isyarat.


              















SUIS  TOGEL
Suis Togel mempunyai dua jenis iaitu suis satu kutub satu arah (SKSA) dan suis satu kutub dua arah (SKDA).








    





SUIS TEKAN BUKA
Suis Tekan Buka biasanya digunakan pada lampu di peti sejuk.















TEKAN TUTUP
Suis Tekan Tutup biasa digunakan seperti di suis lampu, suis loceng rumah .