Ahad, 19 Ogos 2018

NOTA PERNIAGAAN TINGKATAN 5 BAB 1 DAN BAB 2


PERKONGSIAN DARI RAKAN GURU KEPADA GURU

BAB 1 : PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

DEFINISI : Pengurusan sumber manusia ialah satu usaha pembangunan tenaga kerja dalam organisasi untuk menarik, membangun dan mengekalkan tenaga pekerja yang berprestasi tinggi.

KEPENTINGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
·         Memastikan sumber manusia sentiasa mencukupi
·         Memastikan sumber manusia diberikan latihan yang cukup dan terkini
·         Memastikan pengagihan sumber manusia secara berkesan
·         Memastikan kenajikan pekerja sentiasa dijaga
·         Memastikan prestasi sumber manusia sentiasa dipantau
·         Memastikan tahap motivasi pekerja sentiasa tinggi

PERANAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM SESEBUAH PERNIAGAAN
FAKTA
HURAIAN
CONTOH
1. KEPERLUAN PEKERJA, MEREKRUT PEKERJA, KONTRAK PEKERJAAN DAN DESKRIPSI TUGAS
·         Menggunakan teknik merekrut dan proses pemilihan yang boleh menarik calon berkelayakan menyertai sesebuah perniagaan.
·         Menghuraikan bidang tugas dengan jelas supaya pekerja menjalankan tugas dengan cekap.
Menjalankan sesi temuduga dalam proses pemilihan pekerja.
2. MEMBANGUNKAN PASUKAN MENCAPAI SASARAN
·         Mewujudkan semangat berpasukan
·         Setiap pekerja berusaha mencapai KPI pasukan sebagai petunjuk prestasi pencapaian kerja.
Memaklumkan KPI setiap kumpulan pekerja yang perlu dicapai untuk melihat kecemerlangan tugas
3. PRESTASI PASUKAN
·         Prestasi pasukan akan mempengaruhi kuantiti dan kualiti pengeluaran
·         Meningkatkan prestasi dan motivasi pasukan melalui latihan dan kursus.
Mengadakan Kursus Motivasi
4. LATIHAN PENINGKATAN KENDIRI
·         Program latihan dan pembangunan diberi secara berterusan
·         Program latihan dan pembangunan yang dijalankan dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan yang khusus
Menyediakan program latihan amali kepada pekerja baharu
5. MEMBENTUK PERSEKITARAN KERJA YANG POSITIF DAN HARMONI
·         Persekitaran kerja yang selesa dapat meningkatkan produktiviti, motivasi dan kepuasan bekerja
·         Persekitaran kerja yang harmoni dapat memberi ruang menjana idea yang baru
Kemudahan pejabat yang lengkap dan mesra pengguna menjadi keselesaan untuk bekerja
6. PEMANTAPAN BUDAYA PROFESIONAL
·         Amalan kerja yang beretika, berintegriti dan mementingkan kecemerlangan dapat wujudkan budaya profesional
·         Budaya profesional dapat menjamin perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan

Konsep pengurusan Jepun Kaizen
7. MENGGALAKKAN KREATIVITI DAN INOVASI
·         Menggalakkan pembangunan bakat pekerja bagi menambahkan kepakaran
·         Pekerja yang kreatif dan inovatif diberi ganjaran dan penghargaan sebagai motivasi kerja mereka
Biasiswa pendidikan untuk menyambung pengajian khusus dalam bidang tugas mereka
8. PEMBERIAN INSENTIF MUNASABAH
·         Fungsi ganjaran kepada pekerja adalah untuk meningkatkan pencapaian prestasi, motivasi dan kesetiaan pekerja
·         Ganjaran yang sesuai dapat mewujudkan persekitaran yang harmoni
Caruman KWSP / PERKESO
9. PEMBERHENTIAN PEKERJA
·         Perniagaan perlu ada sistem pemberhentian yang sistematik supaya tiada pembaziran sumber manusia
·         Pekerja yang menamatkan perkhidmatan atau diberhentikan perlu diberikan ganjaran atau pampasan yang setimpal sebagai tanda penghargaan atas sumbangan khidmat mereka
Penamatan kontrak perkhidmatan seperti persaraan atau pemecatan




ASPEK PENGELOLAAN SUMBER MANUSIA DALAM PEMBANGUNAN PERNIAGAAN

1. PENEMPATAN PEKERJA DAN FASILITI
H1 : Penempatan pekerja adalah mengikut kemahiran, kebolehan, minat dan pengalaman pekerja serta keperluan perniagaan.
H2 : Menggunakan kemudahan yang sesuai bagi meningkatkan kecekapan bekerja.
C : Tukang jahit memerlukan mesin jahit elektrik untuk mempercepatkan aktiviti menjahit

2. STANDARD PROSEDUR OPERASI TUGAS (SOP)
H1 : SOP merupakan dokumen arahan bertulis untuk menyeragamkan pelaksanaan tugas.
H2 : SOP dapat memastikan kerja yang dilakukan mengikut piawaian dan mengurangkan risiko bahaya kepada pekerja
C : Pekerja pembinaan perlu memakai topi keselamatan ketika berada di tapak projek.

3. SISTEM PENGGAJIAN
            H1 : Sistem penggajian yang yang kompetitif dapat meningkatkan motivasi pekerja
            H2 : Jika sistem penggajian tidak adil, kesetiaan pekerja akan terganggu.
            C : Seorang pekerja yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi akan dapat gaji
yang yang lebih tinggi.

4. PENGHARGAAN DAN HUKUMAN
            H1 : Pekerja yang berprestasi tinggi perlu diberli penghargaan
            H2 : Pekerja yang bermasalah boleh diberi amaran dan diambil tindakan untuk
memperbaiki prestasi kerja.
C : Pekerja yang cemerlang di beri anugerah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

5. PENYELESAI MASALAH
            H1 : Menjadi orang tengah sekiranya berlaku masalah perselisihan faham
            H2 : Sentiasa adakan perbincangan secara berterusan bagi menggalakan komunikasi
Berkesan
C : Jika berlaku konflik antara pekerja, pengurusan sumber manusia
bertanggungjawab menyelesaikannya.

6. STRUKTUR ORGANISASI
            H1 : Struktur organisasi adalah untuk memberi penjelasan tentang tanggungjawab,
jawatan dan deskripsi tugas.
H2 : Mengagihkan sumber dengan cekap dan berkesan mengikut keperluan setiap
unit.
C : Carta Organisasi


KEBOLEHKERJAAN

DEFINISI : Kemahiran atau kebolehan yang dimiliki oleh pekerja yang membuatkan bakal majikan berminat untuk menawarkan pekerjaan kepada mereka.

JENIS KEMAHIRAN KEBOLEHKERJAAN
KEPERLUAN KEMAHIRAN KEBOLEHKERJAAN
STRUKTUR ORGANISASI
JENIS2 STRUKTUR ORGANISASI
1. STRUKTUR ORGANISASI BERDASARKAN FUNGSI
·         Digunakan secara meluas kerana mudah dibentuk dan dipraktikkan
·         Menempatkan individu mengikut kemahiran @ kepakaran dalam fungsi tertentu.
Cth :
2. STRUKTUR ORGANISASI BERDASARKAN PRODUK
·         Perniagaan berskala besar yang mengeluarkan pelbagai jenis produk
·         Individu bekerja ikut pengalaman @ kemahiran dalam produk tertentu
Cth :
3. STRUKTUR ORGANISASI BERDASARKAN GEOGRAFI/
WILAYAH
·         Diwujudkan berdasarkan kawasan pasaran yang menjadi fokus syarikat
·         Memerlukan sejumlah kakitangan yang besar di ibu pejabat bagi penyelarasan jabatan @ bahagian di pelbagai wilayah.
Cth:
4. STRUKTUR ORGANISASI BERDASARKAN PELANGGAN
·         Diwujudkan berdasarkan keperluan dan kehendak pelanggan
·         Biasa wujud dalam organisasi yang menawarkan perkhidmatan
Cth:
5. STRUKTUR ORGANISASI BERDASARKAN MATRIKS
·         Dikenali sebagai sistem berbilang arahan
·         Kombinasi struktur organisasi fungsi dan produk
Cth :

SISTEM PENGGAJIAN BAGI SESEBUAH ORGANISASI
DEFINISI : Gaji ialah bayaran secara tetap yang dibayar oleh majikan kepada pekerja yang menyumbang tenaga dalam sesebuah organisasi.
TUJUAN GAJI : Menarik pekerja berkhidmat dalam organisasi, mengekalkan pekerja yang berpengalaman dan memotovasikan pekerja

Penggajian melibatkan dua komponen iaitu GAJI dan FAEDAH
GAJI
·         Gaji Asas – Gaji yang diterima oleh pekerja tanpa melibatkan sebarang pembayaran tambahan seperti elaun, bonus, komisen dll. Gaji asas dibayar mengikut perjanjian pekerjaan yang dibuat antara majikan dan pekerja.
·         Upah – Upah merupakan bayaran yang akan dibayar kepada pekerja berdasarkan tempoh jam bekerja @ hari bekerja.
·         Elaun – Bayaran tambahan yang akan dibayar oleh majikan kepada pekerja. Pemberian elaun bergantung kepada jenis jawatan yang disandang.
FAEDAH
·         Caruman KWSP
·         Caruman Perkeso
·         Komisen
·         Biasiswa pendidikan
·         Kemudahan Cuti
·         Kemudahan Perubatan
·         Insurans Berkelompok

FAKTOR PENENTU SISTEM PENGGAJIAN
·         Kemampuan Organisasi
·         Bentuk dan Jenis Tugas
·         Undang-undang dan Peraturan Kerajaan
·         Ganjaran yang dibayar oleh pesaing
·         Permintaan dan dan penawaran buruh
·         Faktor lokasi







BAB 2 : PENGURUSAN SUMBER FIZIKAL DAN TEKNOLOGI


SUMBER FIZIKAL
DEFINISI : Aset yang berbentuk ketara atau nyata untuk dimanfaatkan oleh organisasi bagi menjalankan perniagaannya.
JENIS2 SUMBER FIZIKAL
FAKTA
HURAIAN
CONTOH
1. BANGUNAN DAN KEMUDAHAN
·         Bangunan adalah tempat menjalankan operasi perniagaan
·         Kemudahan merujuk kepada infrastruktur yang membantu pengurusan perniagaan
Bengkel Kereta
2. KILANG DAN MESIN
·         Kilang adalah tempat memproses bahan mentah kepada produk siap
·         Mesin merupakan jentera pemprosesan bahan mentah
Kilang Tayar
3. PERALATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
·         Peralatan yang digunakan dalam operasi sesebuah perniagaan seperti komputer, telefon
·         Dapat mempercepatkan dan memudahkan urusan perniagaan
Komputer, Telefaks
4. STOK
·         Stok ialah barang siap yang sedia untuk dijual
·         Ia disimpan di dalam gudang dan dipastikan sentiasa mencukupi apabila diperlukan
Tayar
5. BAHAN MENTAH
·         Bahan mentah digunakan untuk pengeluaran barang untuk menghasilkan barang lain @ barang siap
·         Bahan mentah perlu dijaga kualiti dengan baik supaya tidak mudah rosak
Getah
6. PRODUK SIAP
·         Produk siap ialah barang akhir setelah siap diproses dan sedia untuk dijual.
·         Barang ini terdiri daripada barangan keperluan dan kehendak
Perabot

PROSEDUR MENGURUS SUMBER FIZIKAL
PERLINDUNGAN INSURANS DAN KESELAMATAN
·         Perlindungan insurans perlu untuk menguruskan risiko kerugian dalam perniagaan
·         Kelengakpan alat keselamatan seperti pemadam api, CCTV, alat penggera perlu ada dalam premis perniagaan
·         CONTOH : Insurans Kebakaran, Insurans Kecurian
PENYELENGGARAAN DAN BAIK PULIH SECARA TERANCANG
·         Penyelenggaraan baik pulih secara berkala dapat memastikan kelancaran produktiviti perniagaan
·         Sebarang kerosakan atau kecacatan kepada mesin boleh dibaiki dengan segera.
·         CONTOH : Ada jadual pemeriksaan berkala terhadap mesin kilang

SUMBER TEKNOLOGI
JENIS-JENIS SUMBER TEKNOLOGI
FAKTA
HURAIAN
CONTOH
1. HARTA INTELEK
·         Hasil kreativiti @ ciptaan daya intelektual seseorang
·         Tujuan mengurus harta intelek adalah untuk menjaga perniagaan daripada ancaman cetak rompak, barangan tiruan
Lukisn, muzik, video
2. LESEN PERISIAN
·         Perjanjian bertulis antara pemilik dengan pengguna perisian
·         Penggunaan perisian tanpa lesen adalah kesalahan jenayah
Lesen perisian MS Office
3. KEMAHIRAN DAN PENGALAMAN
·         Kemahiran dan pengalaman pekerja penting supaya kualiti dan prestasi perniagaan terjamin
·         Pekerja yang mahir dan berpengalaman dalam bidang yang diceburi dapat mengelak berlakunya kesilapan semasa menjalankan tugas


PROSEDUR MENGURUS SUMBER TEKNOLOGI
PATEN
HAK CIPTA TERPELIHARA
·         Paten adalah hak ekslusif untuk suatu reka cipta sama ada berupa satu produk @ satu proses untuk menghasilkan sesuatu yang baharu
·         Semua reka cipta yang hendak dipatenkan mestilah yang belum dizahirkan oleh mana-mana syarikat\
·         Pendaftaran paten penting kerana hak cipta mereka akan dilindungi undang-undang
·         CONTOH : reka cipta tudung Neelofa telah dipatenkan
·         Hak cipta adalah hak ekslusif kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka untuk tempoh masa tertentu
·         Perlindungan hak cipta hanya boleh diberikan kepada ekspresi idea yang telah direkod atau telah dijadikan bahan dizahirkan
·         Hak cipta terpelihara penting untuk mengelakkan karya tidak disalahgunakan oleh pihak lain
·         CONTOH : Filem